
/wp-content/uploads/2018/11/Screenshot_2018-11-24-12-46-31-48.png)
Akhirnya peminat setia penyanyi Siti Sarah Raisuddin boleh menarik nafas lega kerana buat pertama kalinya beliau berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu (AJL).
Lagu Semakin ciptaan sepenuhnya oleh Mera Utama atau Shuib iaitu suami Sarah sendiri telah diumumkan sebagai lagu terbaik minggu pertama separuh akhir Muzik-Muzik.
Malah lagu semakin juga merupakan lagu pertama yang diumumkan layak ke pentas AJL sewaktu pengumuman dilakukan malam Jumaat lalu.
Sarah yang kini berada di Tanah Suci Mekah mengerjakan ibadah umrah meluahkan rasa syukur menerusi kemaskini terbaru yang dimuatnaiknya di akaun Instagram.
Kata Sarah beliau bersyukur kerana setelah berbelas tahun menanti peluang ini, akhirnya beliau berjaya melangkah ke pentas AJL.
Tahniah SURIA ucapkan kepada Siti Sarah dan suami kerana berjaya mara ke AJL buat pertama kalinya. Tak sabar rasanya nak lihat persembahan Sarah Februari nanti!