85248

Aksi Bercium Ashraff Sinclair & Ari Lasso Jadi Bualan Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-03-26-at-11-22-22-am

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menyambut hari lahirnya yang ke- 35.

Namun menerusi sebuah foto yang dimuatnaik oleh pengacara Indonesian Idol iaitu Daniel Mananta di Instagram miliknya, kelihatan suami Bunga iaitu Ashraff Sinclair sedang dicium oleh penyanyi Ari Lasso.

Dalam kapsyen Daniel, beliau meluahkan rasa tidak puas hati kerana minggu lalu Daniel dihentam teruk oleh netizen Indonesia kerana telah memuatnaik gambarnya mencium pipi pelakon dan pengacara Boy William di Instagramnya.

Apa yang membuatkan Daniel tidak puas hati ialah Ari telah mencium mulut Ashraf, sedangkan Daniel yang mencium pipi Boy William dikritik hebat sehingga dia memadam gambar berkenaan dari Instagramnya.

Gambar aksi bercium Ari dan Ashraf itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen Indonesia. Rata-rata mereka kurang senang melihat aksi itu namum ada juga yang menyifatkan ciuman itu sebagai sesuatu yang lucu dan mesra seorang sahabat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!