72716

Aktor Singapura, Adi Putra Kini Bergelar Dato' - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon popular dari Singapura, Adi Putra telah menerima anugerah darjah kebesaran dari Istana Pahang Darul Makmur yang membawa gelaran Dato’ bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang.

Adi dikatakan menerima anugerah berkenaan di atas khidmat dan keprihatinannya dalam membantu penghidap penyakit kanser.

Malah Adi juga merupakan penaung kepada Pertubuhan Kebajikan Kanser Johor atau Johor I Care Society.

screen-shot-2017-10-25-at-12-37-22-pm

Sebagai penaung, Adi banyak melakukan program-program amal bagi membantu penghidap penyakit kanser.

Selain Adi, ada beberapa lagi selebriti termasuk pereka fesyen yang menerima anugerah yang sama. Tahniah dari SURIA.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!