101264

Aktres K-Drama Oh In Hye Meninggal Dunia Selepas Ditemukan Tidak Sedarkan Diri Di Rumahnya - Suria FM - Segalanya Hiburan

PELAKON Korea Selatan Oh In Hye disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya yang terletak di Songdo International Business District, Incheon.

Memetik laporan Soompi, polis menemui Oh In Hye kira-kira pukul 5 pagi, Isnin selepas dihubungi rakan terdekat aktres itu.

Menurut sumber daripada pihak polis, punca sebenar kematian masih dalam siasatan namun mereka mengesyaki Oh In Hye melakukan cubaan membunuh diri.

“Kami mengesyaki bahawa dia cuba membunuh diri tapi kes ini masih dalam siasatan dan tidak mempunyai bukti yang kukuh lagi,” katanya.

Dalam pada itu, sumber terdekat memberitahu proses pengebumian Oh In Hye akan diuruskan oleh pihak hospital dan perarakan pengebumian akan berlangsung pada Rabu.

Oh In-hye memulakan kerjaya lakonannya pada 2011 menerusi filem Sin of a Family.

Dia kemudian meneruskan bidang lakonan dengan membintangi beberapa drama pada 2012 iaitu siri Horse Doctor dan The Return: Jwibulnori.

Dia juga pernah membintangi filem Red Vacance Black Wedding (2011), Eating, Talking, Faucking (2013), No Breathing (2013), Secret Travel (2013) dan The Plan (2014).

Kredit gambar dan artikel mStar dan Soompi

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!