72752

'Aku Sayang Kamu' Dalam Telefilem Wanita Terindah - Suria FM - Segalanya Hiburan

harissa

Sejak kebelakangan ini fenomena ‘Fattzura’ semakin menjadi-jadi dan terbaru pasti ramai yang sudah tahu tentang telefilem eksklusif Wanita Terindah gandingan Fattah Amin dan Nur Fazura.

Telefilem khas yang ditayangkan di platform Astro First Eksklusif saluran 480 sejak 2 November lalu bukan sahaja memaparkan lakonan mantap dua orang bintang sensasi tersebut tetapi turut menampilkan lagu tema yang mendapat pujian ramai.

harissa-pic-3

Lagu tema yang bertajuk Aku Sayang Kamu, nyanyian pendatang baru Harissa Adlynn, merupakan lagu bergenre balada hasil ciptaan dan gubahan Aizat Amdan serta Mel Ramlan. Ia merupakan antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album runut bunyi telefilem Wanita Terindah.

harissa-pic-2

Harissa Adlynn, adalah gadis yang berusia 14 tahun dan merupakan anak kelahiran jati Kuala Lumpur. Dia merupakan artis baru naungan FASTYLEASIA, yang bersama ingin mengorak langkah di dalam bidang nyanyian.

Lagu yang berdurasi tiga minit 40 saat ini menceritakan tentang perasaan sayang seseorang insan terhadap pasangannya. Tidak meletakkan had rasa sayang ini kepada pasangan bercinta, namun rasa kasih dan sayang juga ingin disampaikan daripada seorang anak kepada ibunya, rasa kasih seorang abang kepada adiknya serta juga rasa sayang pada insan yang dikasihi mahupun yang hidup atau yang sudah pergi.

harissa-pic-1

Teristimewa buat peminat Harissa Adlynn, lagu ‘Aku Sayang Kamu’ & ‘Album OST Wanita Terindah’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun dan distrim disemua platform digital seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBox mulai 3 November 2017!

Klip video rasmi ‘Aku Sayang Kamu’ boleh di tonton di Youtube sekarang.

Bagi yang ingin mengetahui perkembangan Harissa Adlynn bolehlah mengikutinya di laman Instagram @harissaadylnnhalim

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!