88614

“Aku Sendiri Pernah Pakai Barang Fake, Bukan Pakai Duit Mak Hampa Pun” – Sharnaaz Ahmad - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejak akhir-akhir ni hangat satu Malaysia dengan isu artis atau ‘influencer’ media sosial yang dikesan memakai barangan tiruan atau ‘fake’.

Ramai juga artis yang dikatakan memakai barangan ‘fake’, malah ada yang berani mengaku memakai barang ‘fake’ secara terang terangan.

Salah seorang artis yang berani mengaku pernah memakai barang ‘fake’ ialah pelakon Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz dalam salah satu status di akaun Twitternya berkata, dia sendiri pernah memakai barang ‘fake’ jenama Supreme pemberian peminatnya.

Sharnaaz turut mempersoalkan adakah berdosa untuk memakai barang ‘fake’. Katanya lagi, mencari kesalahan orang lain itu lebih berdosa.

Kenyataan Sharnaaz itu telah mengundang kecaman netizen dan turut mempersoalkan bagaimana perasan isterinya andai ada individu yang memakai tudung Naelofar Hijab yang palsu.

Nampaknya isu siapa pakai barang asli dan siapa pakai barang ‘fake’ ini semakin panas dan menjadi perhatian di seluruh Malaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!