72260

Album Fizikal Terbaru Dayang Nurfaizah Terus Dicari Peminat - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

dn2017_online-campaign_all-004

Sejak mula dipasarkan awal bulan lalu, para peminat setia penyanyi R&B terulung Malaysia, Dayang Nurfaizah tidak habis-habis bertanyakan cara-cara untuk membeli album fizikalnya yang terbaru. Ini kelihatan di laman media sosial seiring dengan status album berjudul Dayang Nurfaizah tersebut yang sempat menjadi antara 10 album terlaris di dunia menurut iTunes ketika dilancarkan.

Biarpun ramai yang beranggapan bahawa penerbitan sebuah album penuh untuk penyanyi tempatan merupakan satu risiko, (apa lagi dalam bentuk fizikal), Dayang tetap mengorak langkah untuk menghasilkan album lengkap dalam bentuk cakera padat.

 

 

Beliau yang kukuh dengan pendiriannya memberitahu dia tetap beranggapan bahawa sesebuah album penuh harus ada dalam bentuk fizikal supaya boleh dipegang dan dinikmati secara visual juga.

“Dayang nak lihat kulit album dan CD, baru Dayang rasa puas. Walaupun ramai yang suka memuat turun secara digital, bagi Dayang album penuh penyanyi paling sesuai dihayati dalam bentuk cakera padat yang lengkap,” katanya sewaktu sidang medianya beberapa minggu lalu.

dn2017_cover-full_digital-300dpi-2

Terkini, album fizikalnya yang berjudul Dayang Nurfaizah telah habis terjual lebih daripada dua ribu salinan dan sekarang sedang menunggu cetakan baru. Ini merupakan satu pencapaian yang agak baik untuk industri muzik tempatan yang semakin kurang menghasilkan album penuh daalam bentuk cakera padat khasnya.

Malah, menurut pihak InDigital Music yang menerbit serta mengedarkan album tersebut, mereka mensasarkan untuk menjual enam ribu salinan dalam masa 6 bulan.

Album terbaru Dayang ini juga dianggap yang terbaik pernah beliau hasilkan dan menyaksikan pembabitan nama-nama besar industri muzik Malaysia seperti Ajai, Aubrey Suwito, Hazami, Hael Husaini dan ramai lagi. Dayang juga sedang sibuk mempromosikan lagu terbaru dari album itu yang berjudul Separuh Mati Mencinta nukilan penuh Ajai yang juga mencipta lagu hitnya Seandainya Masih Ada Cinta lebih 15 tahun yang lalu.

temporary9

Malah sejak persembahannya bersempena dengan pengenalan album tersebut, Dayang dilihat sering muncul di pelbagai acara besar seperti Anugerah Meletop dan festival filem di Kuching.

Selain itu, Dayang juga satu-satunya penyanyi tempatan yang pernah mengadakan persembahan khas dengan menyanyikan kesemua lagu-lagu yang dimuatkan dalam sebuah album baru.

Kami di Suria mengucapkan syabas dan tahniah buat Dayang atas kejayaan album terbaru ini dan berharap Dayang akan terus memberikan yang terbaik dalam setiap karyanya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!