72740

Album Sulung Fazura Terima Anugerah Emas, Terjual 5000 Unit - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun belum menjengah pasaran secara rasmi, namun album sulung Nur Fazura telah pun menerima Anugerah Emas kerana telah berjaya terjual sebanyak 5000 unit.

screen-shot-2017-11-02-at-4-34-40-pm

Fazura sewaktu ditemui di majlis pelancaran album yang diberi nama FAZURA tidak mampu menahan sebak sehingga menitiskan air mata saat menerima anugerah berkenaan.

screen-shot-2017-11-02-at-4-36-11-pm

“Sebelum ini banyak dugaan yang saya harungi, kata-kata semangat malah ada juga cemuhan dan sebagainya. Saya pun tak menyangka yang album sulung saya ini akan mendapat kejayaan yang begitu cepat dan begitu mengharukan.

 

Kata Fazura lagi, beliau bekerja keras untuk menghasilkan album ini.

screen-shot-2017-11-02-at-5-02-19-pm

“Pagi shooting, tengah hari buat kemunculan istimewa, malam saya rakamkan lagu, esoknya saya ke luar negara. Walaupun saya penat, walaupun saya mengantuk tetapi saya teruskan juga.

Apabila ia mendapat kejayaan terjual sebanyak 5000 salinan, hari ini lancar, hari ini juga dapat Anugerah Emas sudah tentu saya sangat-sangat terharu dan terkejut”, jelas artis serba boleh ini.

 

 

screen-shot-2017-11-02-at-4-40-15-pm

Album yang mengandungi 9 buah lagu ini, mendapat sentuhan kreatif komposer muda seperti Tantra Numat, Irfan Aulia (Samsons), Rich L Gimbang (Estranged), Ahmad Kemat Khair, Anas Amdan, Alwyn Santiago, Megat Fazzly dan Megat Aizat.

Selain lagu Cinderella nyanyian duetnya bersama Fattah Amin, peminat berpeluang menikmati lagu duet bersama Ariadinata, vokalis kumpulan Samsons dalam lagu Cinta Langka.

screen-shot-2017-11-02-at-4-32-46-pm

Menyorot tentang pengalamannya mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian, Fazura mengakui melalui perjalanan berliku kerana bakat nyanyiannya pada awalnya diragui. Kecekalannya teruji apabila percubaannya untuk mencebru bidang nyanyian tidak mendapat sambutan pada awalnya.

“Saya tidak takut dengan cabaran dan kritikan. Saya kaji setiap kritikan lantas membaiki diri. Saya masuk kelas vokal dan mendapatkan nasihat pakar, saya bekerja keras dan berharap peminat akan menyukai album ini kerana ia begitu istimewa buat mereka” ujarnya.

screen-shot-2017-11-02-at-4-34-31-pm

Pada masa yang sama, majlis pada hari itu turut menyaksikan pengumuman Fazura sebagai duta produk Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd. Fazura turut melancarkan produk Min Cha iaitu minuman teh tarik yang mengandungi garam buluh asli dari Korea.

screen-shot-2017-11-02-at-4-32-19-pm

Pemilihan Fazura sebagai duta adalah seiring dengan visi Sahajidah Hai-O Marketing yang giat mengadakan kepelbagaian cabang perniagaan dengan menembusi industri fesyen serta menawarkan produk gaya hidup seperti koleksi beg tangan dan kasut yang diperbuat daripada kulit tulen.

screen-shot-2017-11-02-at-4-49-37-pm

Fazura turut melancarkan muzik video lagu Only God Knows yang dirakamkan di kota New York.

screen-shot-2017-11-02-at-4-46-36-pm

screen-shot-2017-11-02-at-4-47-28-pm

Janagn lupa untuk dapatkan album sulung Fazura yang bakal berada dipasaran bermula 3 November 2017.

SURIA ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Nur Fazura kerana telah berjaya melahirkan album sulung di atas kerja keras serta sikap tidak mudah mengalah dan berputus asa.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!