Benarlah bagai dikata, kuasanya masih kekal berbisa. Buktinya album terbaru penyanyi nombor satu negara ini habis dijual dalam masa 20 minit sebaik sahaja ia dipasarkan atas talian.

Album studio ke-18 yang diberi nama SimetriSiti ini mula dijual kepada 300 pembeli bertuah yang membeli menerusi laman membeli-belah terkenal Lazada.

_20170508_103733

Walaubagaimanapun album ini hanya boleh dibeli secara fizikal bermula 10 Mei ini di kedai-kedai muzik seluruh negara.

Fenomena ini dilihat bakal menjadi penanda aras masa depan album ini apabila ia dipasarkan secara rasmi nanti.

img_9174-edited

Lebih dari 300 buah lagu telah diterima oleh pihak produksi tetapi hanya 10 yang terbaik dipilih untuk dimuatkan di dalam album ini.

Lebih menarik lagi apabila Dato’ Siti mendengar kesemua lagu tanpa mengetahui siapa pencipta lagu-lagu tersebut. ini bertujuan untuk mengelak dari terjadinya pilih kasih dan berat sebelah.

Antara komposer yang terpilih ialah seorang anak muda yang juga merupakan penyanyi baharu Sid Murshid yang baru berusia 23 tahun. Sid Telah menghasilkan lagu yang bertajuk Hiasi Duniaku.

Komposer lain yang turut terlibat di dalam pembikinan album ini termasuklah Aubrey Suwito, Ad Samad, Sulu Sarawak, Opick, Amirah Ali, Ivan Lahardika, Ade Govinda, Mohariz Yaakup, dan Habsah Hassan.

img_9194-edited

Dato’ Siti juga kembali mencipta lagu untuk album ini menerusi lagu Penghiburmu duet bersama Joe Flizzow. Beliau turut tampil dengan satu lagi lagu duet bersama penyanyi seberang, Judika menerusi lagu Kisah Ku Inginkan.

Seperkara yang menarik mengenai lagu Penghiburmu yang dicipta khas untuk peminat setianya itu ialah, ilham untuk menulis lagu tersebut hadir sewaktu beliau sedang menunggu menantunya di wad bersalin.

Album yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions ini turut menggunakan khidmat kumpulan orkestra antarabangsa, Bulgaria National Radio Symphony Orchestra untuk mendapatkan kesan bunyi yang bertaraf antarabangsa.

c-_r_jnu0aedd0r

Dato’ Siti yang ditemui sewaktu pelancaran album ini di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur turut mengakui bahawa beliau menyasarkan album ini mampu mendapat pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik (AIM)

“Siti tidak malu untuk mengakui setiap kali Siti keluarkan album, memang Siti sasarkan untuk menang AIM kerana anugerah ini mengiktiraf warga kerja yang menghasilkan keseluruhan album termasuklah dari kulit album, muzik video, susunan muzik dan sebagainya’.

Pada majlis itu juga turut ditayangkan secara eksklusif dua buah klip video untuk lagu Segala Perasaan dan Bersandar Cinta.

Untuk klip video lagu Segala Perasaan, Dato’ Siti tampil berbeza dengan melakonkan watak ‘Superwoman’ yang mempunyai kuasa istimewa.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!