99941

“Alhamdulillah!” Itu Jawab Fikry Selepas ‘Disembur’ Michael Ang - Suria FM - Segalanya Hiburan

PELAKON Fikry Ibrahim hanya menjawab Alhamdulillah” (syukur kepada Allah) reaksi kepada kritikan Michael Ang di Instagram yang melahirkan rasa tak puas hati berhubung masalah peribadi antara mereka.

Jawapan ringkas itu susulan tindakan Michael menempelak Fikry selepas aktor itu dalam rancangan Melodi pada Ahad mendedahkan pengarah tersebut membuat tuduhan termasuklah mendakwa Fikry menolak tawaran berlakon daripadanya tetapi menerima tawaran orang lain.

Lebih menarik perhatian kritikan Michael dalam bentuk rakaman video itu menyebabkan peminat masuk campur dengan menganggap Fikry mula lupa diri apabila melanggar keputusannya tidak mahu bersentuhan dengan wanita seperti pernah dijanjikannya ketika mula terlibat dalam industri.

Baca artikel penuh di mStar

Kredit gambar dan artikel mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...