90085

Allahyarham Pak Ngah Selamat Disemadi Di Hari Jadi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jenazah Allahyarham komposer terkenal Pak Ngah telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Jalan Ampang Kuala Lumpur selepas solat Asar petang tadi.

Jenazah tiba di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur kira-kira jam 3.10 minit petang.

Ironinya, hari ini merupakan hari lahir arwah Pak Ngah yang ke 60. Siapa sangka pada tarikh ini juga, Pak Ngah pulang menghadap Ilahi.

Menurut anak perempuan Pak Ngah iaitu Rina, ini kali pertama arwah merancang untuk menyambut hari lahirnya. Dan mereka sekeluarga sepakat untuk menyambut di Batam Indonesia. Selalunya keluarga yang merancang untuk menyambut hari lahirnya.

Antara artis yang hadir untuk  memberikan penghormatan terakhir termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Noraniza Idris, Datuk Nassier Wahab, Syura, Wany Hasrita dan komposer, Azmeer.

Al-Fatihah….

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber