71922

Along Cham Sudah Jumpa Pengganti Zila Seeron? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini rumah tangga pelawak, Along Cham dan bekas isterinya, Zila Seeron berdepan dengan masalah dan ia telah mendapat liputan meluas apabila Zila ditangkap khalwat bersama seorang lelaki.

fab78c5269a6e8f979537ba1de5b4094

Hal itu sangat mengejutkan dunia hiburan tanah air sehingga rata-rata netizen menghentam tindakan bekas isterinya itu. Along juga telah mengambil keputusan untuk melepaskan bekas isterinya itu dan beliau enggan memberi komen tentang tindakan Zila yang tampil memohon maaf terhadapnya.

Baru-baru ini, Along telah berkongsi sekeping gambar beserta kapsyen di laman Instagramnya yang seakan-akan memberi ‘hint’ tentang kehadiran orang baru sekali gus menggantikan tempat Zila dalam hatinya.

Ia dikuatkan lagi dengan beberapa hashtag yang digunakan oleh Along dan salah satunya adalah ‘#rusukkiri’. Rata-rata pengikutnya meluahkan rasa bersyukur selain mendoakan yang terbaik buat Along.

Kalau benar Along sudah berjumpa dengan pengganti bekas isterinya, kami di SURIAfm mendoakan agar Along berbahagia disamping orang tersayang hingga ke akhir hayat.

Sumber : Instagram Along Cham

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!