85099

Altimet Ada Hadiah Untuk Anda! - Suria FM - Segalanya Hiburan

altimet

Siapa yang boleh melupakan persembahan hebat penyanyi Rap popular Altimet di malam Anugerah Juara Lagu beberapa minggu lalu? Kelincahan yang dipaparkan bukan sahaja mendapat tepukan gemuruh malah menjadi bualan ramai pencinta muzik serta penonton acara tersebut.

whatsapp-image-2018-02-22-at-4-44-24-pm-1

Malah, persembahan mantap Altimet dalam teater OlaBola The Musical juga sangat meninggalkan kesan sehingga semua yang sudah menonton terpegun dengan aura Altimet.

whatsapp-image-2018-02-22-at-4-44-24-pm-2

Kini Altimet mendedahkan yang dia ada hadiah istimewa untuk para peminatnya. Berikutan klip video lagu KLWangan yang sudah mencapai 1 juta tontonan Alttimet ada cabaran untuk anda semua!

Sekiranya #KLWangan mencecah 1.5 juta tontonan Altimet ada hadiah utk cabaran berikut!!

Tunggu apa lagi? Layari: http:/klwanganost.shorturl.com dan gunakan tanda pagar #UnlockAltimet #Altimet #KLWangan

Saksikan klip video lagu tersebut di laman Youtube :

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!