85135

Altimet Ada Mambang Baru! - Suria FM - Segalanya Hiburan

altimet

Selepas berjaya mencuri perhatian para penonton dan memenangi anugerah Persembahan Terbaik di malam Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, penyanyi rap popular Altimet terus mengorak langkah dengan memperkenalkan lagu terbarunya yang berjudul ‘Mambang’.

Menurut pihak Warner Music Malaysia klip video lirik lagu ini telah pun mencapai 100 000 tontonan di laman Youtube dalam jangkamasa 24 jam sahaja!

Malah lagu ini juga merupakan sebahagian daripada album penuh terbaru Altimet yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Seperti kebanyakan lagu-lagu Altimet sebelum ini, bait-bait liriknya seperti ada sedikit unsur sindiran tentang seseorang ataupun masyarakat secara umum.

Lagu rancak ini diterbitkan, digubah dan disusun oleh Alif Ilham (Puffie Top) serta Emir Hermono manakala liriknya ditulis sepenuhnya oleh Altimet.

Jadi tunggu apa lagi? Jom dengarkan lagu terbaru Mambang oleh Altimet.

 

#MAMBANG

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!