91476

Altimet Lancar Album Terakhir, Umum Konsert Solo - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi rap terkenal Altimet semalam telah melancarkan albumnya yang terakhir sempena dengan hari lahirnya yang ke 40 pada 27 November 2018.

Album yang berjudul O itu adalah hadiah terakhir Altimet buat peminat-peminatnya dan bakal dijual pada 7 Disember depan.

Dengan pelancaran album itu juga,  bermakna secara rasminya Altimet akan berhenti daripada bidang nyanyian dan akan menumpukan perhatiannya dalam penghasilan muzik untuk artis lain.

Namun, peminatnya masih boleh menyaksikan persembahan Altimet buat kali terakhir apabila beliau bakal menganjurkan satu konsert solo pada Februari tahun hadapan.

Persembahan lagu Bunga untuk Anugerah Juara lagi ke 33 juga akan digantikan dengan penyanyi lain yang akan diumumkan tidak lama sahaja lagi.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Altimet dan juga semoga berjaya dengan apa sahaja bidang yang diceburi Altimet selepas ini.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!