85533

Alvin Chong Kini Duta Vivo V9 - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-03-29-at-1-15-42-am

Dalam usaha untuk lebih mendekati pelanggan tempatan, Vivo Malaysia telah menambah Alvin Chong dalam barisan artis mantap mereka yang sedia ada. Alvin dinamakan Ikon Muzik Vivo, langsung menyertai duta Vivo Janna Nick dan Ikon Swafoto Joyce Chu, sebagai personaliti jenama Vivo yang baharu dan dinamik. Alvin mula menambat hati peminat hiburan Malaysia menerusi wataknya dalam drama ‘Suri Hati Encik Pilot’ dan ‘Awak Suka Saya Tak’. Bintang muda yang progresif tersebut juga mempunyai persona yang sesuai dengan ciri-ciri jenama Vivo. Alvin akan menyertai program pemasaran, komunikasi dan promosi bersama personaliti jenama Vivo Malaysiayang lain.

v9-launch-2

Vivo juga baru sahaja melancarkan telefon pintar V9 FullView™yang serba baharu,dengan keluasan skrin 90 peratus dengan ciri dan reka bentuk yang anggun dan bergaya. Dari fotografi ke prestasi mudah alih yang dipertingkatkan, V9 sesuai untuk keperluan golongan tertentu yang mahu menghasilkan imej sempurna dan menyeronokkan melalui telefon bimbit. Vivo juga menggiatkan usaha mendekati pelanggan tempatan dengan mengumumkan Alvin Chong sebagai Ikon Muzik Vivo, wajah terbaru dalam barisan personalitijenama Vivo.

v9-launch-6

V9 menawarkan reka bentuk kompak yang lebih luas dengan 6.3 inci paparan skrin berbanding ciri sebelumnya dengan keluasan 5.5 inci namun ia masih selesa dipegang. VivoV9 mengaplikasikan nisbah 19:9 bagi meningkatkan saiz skrin sebanyak 5.2% berbanding generasi sebelumnya V7 +, dan bezel sisi dikurangkan sebanyak 19% kepada hanya 1.75mm. Bagi menghasilkan reka bentuk telefon yang lebih elegan, setiap bucu dibentuk dengan teliti untuk memastikan keselesaan mutlak ditelapak tangan anda.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!