90546

Amelina Melutut Di Akhir Persembahan Kerana Tidak Sihat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kalau anda menonton konsert Gegarvaganza musim kelima semalam, pasti anda menonton persembahan Amelina yang menyanyikan lagu Segalanya Pasti nyanyian asal Aida Agil.

Amelina kelihatan menggigil di atas pentas sehingga akhirnya menitiskan air mata sewaktu selesai menyanyikan lagu itu.

Sebenarnya Amelina tidak sihat semalam. Suara Amelina tiba-tiba hilang. Malah sewaktu sesi raptai, Tok Ram memberi pelepasan kepadanya untuk tidak hadir dan diminta untuk pergi ke klinik.

Selepas pergi ke klinik, doktor juga tidak pasti apa masalah yang dihadapi oleh Amelina kerana keadaan kesihatannya stabil dan tidak demam.

Apabila doktor periksa, dia cakap tekak saya biasa sahaja. Doktor memberi ubat dan antibiotik yang paling kuat. Tapi saya menggeletar kerana terlalu penat yang amat sangat“, jelas Amelina sewaktu ditemui di sidang media.

Amelina juga mengakui bahawa stress (tekanan) yang teramat sangat membuatkannya lemah.

Saya terlampau ‘push’ diri saya. Sebab apa saja yang saya buat saya lebih memikirkan orang lain. Apa harapan anak-anak, peminat dan juga syarikat pengurusan saya (Mind Order). Mereka ini yakin dengan saya. Walaupun saya tidak ada dalam industri ini lebih daripada 15 tahun. Keyakinan mereka itu yang mebuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk ‘push’“, ujarnya.

Biarpun terpaksa melawan kesakitan, namun persembahan Amelina malam semalam telah mendapat markah tertinggi dari juri iaitu sebanyak 81.80 % jauh meninggalkan tempat kedua yang disandang oleh Farawahida sebanyak 72.60 %.

Berikut merupakan senarai markah peserta GV5 Di Konsert ketiga :

Amelina – 81.80 %

Farawahida – 72.60 %

Noryn Aziz – 70.60%

Dia Fadila – 59.20%

Zamani – 59.00%

Hetty Sarlene – 57.00%

Shafie Rio – 54.40%

Maya – 54.00%

Forteen – 53.00%

Billy Zurkainan – 51.50%

Elite – 49.50% (Tersingkir)

 

 

 

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!