90174

Amelina Ungguli Konsert Pertama Gegarvaganza 5 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi dangdut popular Amelina mengungguli konsert pertama Gegarvaganza Musim kelima (GV5).

Amelina berjaya mengumpul markah tertinggi daripada ketiga-tiga juri iaitu sebanyak 73 peratus sekaligus meletakkan beliau sebagai peserta terbaik minggu pertama.

Menurut juri tetap Dato’ Ramli MS, Amelina berjaya menjadi dirinya sendiri di atas pentas dan air lagunya sangat ‘relaks’.

“Amelina menguasai diri dia sendiri. Cacat cela dia sangat sedikit. dia seperti ‘Im the queen on stage'”, jelasnya sewaktu sesi sidang media.

Sementara itu Amelina sendiri tidak menyangka dan terkejut apabila mengetahui dirinya menjad peserta terbaik untuk minggu pertama.

“Saya seperti blur di atas pentas apabila peserta lain mengucapkan tahniah kepada saya. Saya ingatkan mereka ucapkan tahniah kepada kumpulan Forteen yang memenangi anugerah mingguan”, jelasnya.

Biarpun meraih tempat pertama, namun Amelina masih merendah diri dan merasakan masih ada kekurangan pada dirinya terutamnya dari aspek vokal.

“Untuk minggu pertama ini, saya cuba kuasai pentas. Di situ agaknya sedikit kelebihan. Mungkin dari segi vokal, kira mungkin ada kelemahan juga berbanding dengan artis-artis yang lain. Saya tidak pernah merasakan diri ini lebih. Mungkin kelebihan saya adalah penguasaan pentas” , ujarnya.

Tahniah diucapkan kepada Amelina, semoga Amelina dapat terus mengekalkan momentum ini dan memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat Amelina.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!