89679

Amir Masdi Teruja Pertama Kali Sertai Konsert Jelajah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi yang semakin popular dengan lagu ‘Puas’, siapa lagi kalau bukan Amir Masdi mengakui teruja kerana buat pertama kali dia menyertai konsert jelajah.

Juara Akademi Fantasia 2016 ini telah bersama-sama SURIA menjelajah MYDIN Meru Ipoh minggu lalu untuk konsert Jelajah SURIA 2018 siri kedua.

“Saya sangat gembira dan teruja kerana ini adalah pertama kali saya menyertai konsert jelajah dan dapat bertemu ramai peminat”, jelasnya.

Malah Amir juga sempat ‘nervous’ sewaktu di belakang pentas kerana sudah lama tidak mmebuat persembahan dihadapan ribuan peminat.

Namun selepas muncul di atas pentas, Amir begitu mesra sekali malah tak nampak pun yang dia sedang ‘nervous’.

Amir juga turut ‘sporting’ bergandingan bersama Syamel dan Tajul menyanyikan lagu dari kumpulan Spring menggantikan Ameng yang tidak dapat hadir kerana terkandas di dalam kesesakan lalu lintas yang luar biasa.

Kepada peminat-peminat Amir Masdi yang berada di sekitar Selangor, anda berpeluang menyaksikan sendiri persembahan mantap dari Amir pada Konsert Jelajah SURIA Sabtu ini di Aeon Bukit Raja Klang. Jumpa anda di sana ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber