72535

Amityville The Awakening Kembalikan Nostalgia Seram Filem Asal - Suria FM - Segalanya Hiburan

amityville02_fbline_1040x1040

Buat anda yang mengikuti senario filem seram Hollywood, pasti pernah menonton filem asal Amityville yang terhasil berdasarkan kisah benar sebuah rumah di Amerika Syarikat yang dikatakan berhantu.

amv_309_li_04043

Filem asal pertama itu mendapapat liputan meluas dan sambutan hebat pihak media kerana diangkat dari kisah asal sebuah keluarga yang dibunuh oleh anak lelaki mereka sendiri kerana dikatakan dirasuk oleh makhluk halus yang tinggal di rumah tersebut.

amv_088_li_06614

Kini cerita rumah puaka itu dihidupkan kembali dengan sebuah sekuel yang mempunyai formula serupa dengan filem-filem sebelumnya. Ia mengisahkan Belle dan keluarganya yang berpindah ke rumah Amityville itu untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih besar  dan luas buat abang kembarnya James yang berada dalam keadaan koma.

amv_055_li_02204

Namun perkara aneh mula berlaku apabila James tiba-tiba menunjukkan tanda-tanda penyembuhan yang cepat sambil rumah itu mula diganggu oleh kuasa-kuasa yang tidak dapat dilihat.

amv_140_li_00608

Amityville The Awakening diarahkan oleh pengarah sama yang pernah mengarah filem terkenal seperti Insidious dan juga The Purge.

Filem ini mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 17 Ogos ini.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!