72635

Amsyar Belum Sedia Jadi Pelakon - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama atlet terjun negara, Amsyar Azman pernah menjadi bualan netizen sewaktu temasya Sukan SEA 2017 yang berlangsung baru-baru ini.

 

screen-shot-2017-09-26-at-12-20-11-am

Bukan sahaja menjadi tumpuan kerana berjaya menghadiahkan pingat emas kepada negara, namun Amsyar turut menjadi bualan dek kekacakan wajahnya sehingga diangkat sebagai antara atlet terkacak sepanjang temasya itu berlangsung.

screen-shot-2017-09-26-at-12-13-50-am

SURIA ada juga mendengar cerita ada penerbit yang sedang mengintai-intai Amsyar untuk dijadikan sebagai pelakon.

screen-shot-2017-09-26-at-12-16-05-am

Amsyar dewaktu ditemui di konsert AF Megastar di Shah Alam berkata, buat masa ini belum ada lagi mana-mana tawaran berlakon yang diterimanya.

screen-shot-2017-09-26-at-12-17-37-am

Katanya lagi, selepas tamat Sukan SEA, fokusnya kini untuk mempamerkan prestasi cemerlang di kejohanan Sukan Asia yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

screen-shot-2017-09-26-at-12-18-55-am

“Perkara utama adalah sesi latihan, bidang lakonan itu belum lagi kot”, katanya.

Namun Amsyar tidak menolak untuk cuba terjun ke bidang lakonan andai dirinya sudah bersara dari arena sukan kelak.

Semoga berjaya untuk Sukan Asia nanti!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!