72355

Amukan Che Ta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni? Tak kira lelaki atau perempuan, isteri orang atau pun tak nak juga dicubanya.

Baru-baru ini, pelakon popular lagi jelita Rozita Che Wan atau Che Ta telah mengamuk di Instagram miliknya. Khabarnya keluarga Che Ta diganggu oleh seorang wanita yang berperwatakan lelaki (pengkid).

screen-shot-2017-06-13-at-12-10-29-pm

Berang dengan tindakan individu itu, Che Ta telah memuatnaik gambar pengkid berkenaan di Instagram miliknya beserta kapsyen yang merupakan amaran terakhir Che Ta terhadapnya.

screen-shot-2017-06-13-at-12-10-56-pmscreen-shot-2017-06-13-at-12-11-12-pm

Menurut Che Ta, individu berkenaan telah berkali-kali mengganggu isteri orang walaupun sudah banyak kali diberi amaran supaya menghentikan tabiat buruknya itu.

Kata Che Ta lagi ini adalah caranya yang terakhir untuk memberi kesedaran kepada individu yang dikenali sebagai Della Dellon itu.

screen-shot-2017-06-13-at-12-13-39-pm

Che Ta juga menjelaskan bahawa beliau mempunyai semua bukti-bukti yang menunjukkan perlakukan tidak senonoh individu berkenaan.

Sehingga ke hari ini, lebih dari 3000 komen membanjiri ruangan Instagram Che Ta.

Ada yang menyokong tindakan Che Ta mendedahkan identiti individu berkenaan, ada juga yang memintanya memadamkan gambar serta status tersebut.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Jangan main-main dengan Che Ta! Nanti dia libas hangpa dengan bulu mata palsu dia baru hangpa tau!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!