89048

Amylea dan Kaer Bakal Tampil Dalam Showcase Chapter Three - Suria FM - Segalanya Hiburan

Lagu ‘Tak Pernah Hilang’ yang juga runut bunyi rasmi atau official soundtrack (OST) bagi drama TV3 ‘Nur’ lakonan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle menjadi sebutan ramai malah ia merupakan drama yang telah mendapat jumlah tontonan yang paling tinggi kerana telah mencapai sembilan juta tontonan, di mana 1.9 juta tontonan digital dan menjadi trending nombor #1 di laman media sosial Twitter.

Lantas kejayaan lagu ‘Tak Pernah Hilang’ nyanyian Amylea Azizan dan Kaer Azami ini ternyata sebuah hasil karya yang menyentuh jiwa dan emosi para penonton serta pendengar. Lagu ciptaan Farouk Roman dengan sentuhan lirik oleh Amylea sendiri akhirnya berjaya diperdengarkan kepada khalayak ramai.

Selain itu, ‘Tak Pernah Hilang’ merupakan lagu comeback buat Amylea Azizan dan Kaer Azami setelah lama menyepi dalam industri muzik. Kembalinya mereka berdua ternyata membawa satu persaingan hebat buat para artis baru. Mengulas mengenai keputusan untuk saling bergandingan, Amylea memberitahu, idea tersebut telah lama dirancang. Namun, mereka belum menemui kesempatan yang sesuai sehingga ditawarkan untuk terlibat dalam runut bunyi drama rantaian Nur. Dalam pada itu, Amylea turut mengakui berasa selesa bergandingan dengan teman baiknya itu sementelah kedua-duanya mempunyai cita rasa muzik yang sama.

Lagu ini juga menjadi juara setiap carta radio antaranya stesyen radio Suria.fm. Malah lagu ini juga sempat menjadi juara carta Muzik Muzik 33 dan juara carta RIM (Recording Industry Association of Malaysia) selama dua minggu berturut-turut . Video muziknya pula sudah mencecah 6 juta tontonan, dan membuktikan ia sebuah lagu yang di minati ramai.

Kini, pada tarikh 26 Ogos 2018 Amylea dan Kaer buat pertama kalinya bakal mengadakan pertunjukan bersama berjudul Amylea X Kaer: Chapter Three Showcase di Hard Rock Café Kuala Lumpur, kolaborasi bersama Suria.fm sebagai radio rasmi dengan kerjasama Seventeen Eleven Music serta Big Billionaires in Growing dan MYVO sebagai penaja utama showcase ini.

Jadi, serkiranya anda peminat kedua-dua artis ini dan lagu tema drama Nur, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menghadiri showcase khas ini di Hard Rock Cafe nanti.

Teristimewa buat peminat setia Amylea Azizan dan Kaer Azami lagu  ‘Tak Pernah Hilang’ edaran Seventeen Eleven Music ini boleh di muat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX dan Deezer Music.

Ini pautan untuk album lagu ‘Tak Pernah Hilang’ di Youtube: https://youtu.be/YkbXzqUf8FQ

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!