71941

Amyra Rosli Luah Perasaan Apabila Sering Ditanya Tentang Zuriat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan merpati sejoli yang baru sahaja menamatkan zaman bujang mereka iaitu Amyra Rosli dan Amar Baharin sering dihimpit dengan pelbagai soalan tentang zuriat selepas mendirikan rumah tangga.

1-27

Walaupun sering dihimpit dengan soalan-soalan sebegini, Amyra mengakui bahawa beliau tidak tertekan dengan pertanyaan itu kerana beliau menganggap soalan sebegitu seperti lumrah bagi setiap pasangan yang baru sahaja berkahwin dan menunjukkan sikap ambil berat oleh peminatnya.

“Ketika bujang, orang asyik bertanya bila nak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila nak dapat anak. Dalam soal ini ia berbalik kepada rezeki Allah.

“Tak pernah terdetik rasa nak marah atau tertekan. Bagi saya, ini adalah perkara biasa yang mana turut dilalui orang lain. Lambat atau cepat saya dan suami hanya berserah kepada Allah.”

Amyra juga mengakui bahawa ibunya yang sering memberikan beliau semangat serta sokongan moral untuk beliau menempuh segala dugaan yang mendatang.

7n_amarbaharinbakal00

“Mama banyak memberi semangat. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya berasa terbeban dengan tanggungjawab sebagai isteri. Boleh dikatakan setiap hari saya belajar sesuatu yang baru.

“Saya dan Amar cuba menjalani kehidupan suami isteri ini dengan tenang. Apa yang kami boleh lakukan adalah dengan sentiasa berdoa.”

Kami di SURIAfm mengharapkan agar Amyra sentiasa sabar dan tenang dengan soalan-soalan sebegini. Yela, siapa kita nak tentukan hal zuriat sebab sah-sah ia bukan dari bidang kuasa kita sebagai manusia. 

Sumber: Harian Metro

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!