100208

Anak Ahmad Dhani, Al Ghazali Rancang Kahwin Dalam Masa Terdekat - Suria FM - Segalanya Hiburan

HUBUNGAN cinta anak kepada Ahmad Dhani iaitu Ahmad Al Ghazali dengan teman wanitanya, Alyssa Daguise dilaporkan semakin serius.

Malah, menerusi laporan Liputan6, Alyssa mengakui dia dan Al Ghazali sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Memang mahu bawa ke peringkat seterusnya, dalam perancangan,” kata Alyssa.

Alyssa berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu undangan bersama kekasihnya, Mulan Jameela dan Ahmad Dhani di saluran YouTube Derry Sulaiman baru-baru ini.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2017 sehingga kini.

Al Ghazali merupakan anak kepada Ahmad Dhani dan Maia yang mendirikan rumah tangga pada 1996 namun bercerai pada 2008.

Selain Al Ghazali, Ahmad Dhani dan Maia juga mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Dul Jaelani serta Ahmad El Jallaluddin Rumi.

Kredit gambar dan artikel mStardan Liputan6

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!