88041

Anak Amy Search Meninggal Di Dalam Kandungan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perasaan SURIA saat mendapat perkhabaran bahawa penyanyi rock legenda Amy Search baru sahaja kehilangan bayi yang masih berada di dalam kandungan.

Bayi Amy bersama isterinya Norish disahkan meninggal dunia di dalam kandungan apabila doktor tidak dapat mengesan degupan jantung bayi yang baru berusia 11 minggu itu.

Amy telah berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram miliknya beserta kapsyen yang menyayat hati.

Kata Amy, beliau redha dengan kehilangan ini namun anak-anaknya yang paling sedih dengan pemergian adik mereka ini.

Takziah SURIA ucapkan kepada Amy dan juga keluarga. Semoga selepas ini Amy dan Norish terus dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata baru.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!