72341

Anak Bazli UNIC Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali. Hari ini Bazli dari kumpulan UNIC telah kehilangan anak syurga kesayangannya yang kembali menghadap Ilahi.

Muhammad Syahid Bazli Hazwan, 4 tahun yang menghidap barah limfoma menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7.20 pagi tadi di wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur.

screen-shot-2017-06-07-at-11-07-30-am

Perkhabaran mendukacitakan itu disampaikan Bazli sendiri melalui akaun Instagram miliknya.

Sewaktu hayatnya masih ada, rakyat Malaysia begitu tersentuh melihat perjuangan dua beranak ini menghadapi ujian yang Maha Esa.

screen-shot-2017-06-07-at-11-09-29-am

Netizen serta rakan-rakan selebriti tempatan masing-masing mengucapkan takziah serta memberi semangat kepada Bazli sekeluarga di ruangan komen Instagram.

Jenazah adik Syahid akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubu Gajah Sungai Buloh.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!