71959

Anak Chef Wan, Serina Bakal Bercerai? Ini Jawapan Serina! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Anak perempuan kepada Chef Wan iaitu Serina Redzuawan telah memeranjatkan ramai pihak dengan kontroversi yang mendakwa beliau bakal bercerai dengan suaminya.

Apa yang difahamkan, Serina juga telah pergi ke mahkamah syariah berkaitan dengan isu ini. Betul ke? 

“Ooo…hal tu (pergi mahkamah syariah). Ya. Masih dalam rundingan. Nanti dah tiba waktu saya umumkan. Belum tahu lagi. Doakan yang terbaik.”

Dalam kenyataannya yang sama, Serina meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa berada di belakangnya untuk memberikan sokongan kepadanya dalam menempuh hari-hari yang bakal mendatang.

image

Serina telah mendirikan rumah tangga bersama Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

Kami di SURIAfm mendoakan agar hubungan Serina dan suaminya dapat dipulihkan demi anak-anak mereka. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. 

Sumber : Media Hiburan

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!