72149

"Anak Ke-4 Dengan Orang Lain, Anak Ke-5 Dengan Orang Lain" – Elly Mazlein Sindir Bekas Suami? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kisah diantara pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein dengan Faye Kusairi seperti tiada penghujungnya apabila sebelum ini terlalu banyak cerita yang melibatkan mereka berdua.

7n_fayeakuibercinta00

Ia bermula apabila Faye didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Elly dan juga bekas suaminya iaitu Azmi Hatta tetapi walau bagaimanapun ia telah dinafikan sendiri oleh Faye dan Azmi.

image

Azmi pula menegaskan bahawa keretakan rumah tangga mereka adalah berpunca dengan sikap Elly sendiri dan bukanlah Faye.

bmmizzkgpwl

Baru-baru ini Faye ada memuat naik status beserta gambar di akaun Twitter miliknya seperti dibawah:

faye_2faye_1 Hal itu juga telah menarik perhatian Elly sehingga ia menyebabkan Elly juga ada memuat naik gambar beserta kapsyen dan hashtag yang seolah-olah ditujukan kepada Faye.

Rata-rata netizen yang melihat gambar itu juga seakan-akan sudah mengetahui siapakah individu yang disebut oleh Elly Mazlein menerusi hashtag beliau dan netizen juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen berhubung gambar tersebut.

612345

Walau bagaimanapun, Elly juga ada membalas komen salah seorang pengikutnya di ruang komen beliau yang seakan-akan menjelaskan sikap bekas suaminya itu.

elly

Hmm kalau betullah ia ditujukan untuk Faye Kusairi dan Azmi Hatta, semoga hal ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Yela, dunia industri hiburan di Malaysia tak adalah besar mana pun kan? Pusing-pusing jumpa juga nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!