72619

Anak Lelaki Noraniza Idris, Fee Haiqal Tampil Dengan Lagu R & B - Suria FM - Segalanya Hiburan

fee-haikal-22187

Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) kini melancarkan single terbaru artis rakaman di bawah naungan syarikatnya. Anak lelakinya, Fee Haiqal buat pertama kalinya tampil dengan single solo terbarunya berjudul ‘AKU MENCARI’ berkonsep Pop Rhythm & Blues R &B).

Single ini adalah hasil ciptaannya dan lirik ditulis bersama Ihab Ismail. Melihat kepada bakat ciptaannya dan beliau seorang yang rajin mendalami muzik semasa, NIPVSB telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menerbitkan single ini mengikut cita rasanya sendiri sambil memantau dan memberikan khidmat nasihat sehingga berjaya diterbitkan.

fee-haikal-22498

Menyentuh tentang konsep muzik eksperimennya dalam single terbaru ‘Aku Mencari’ , Fee Haiqal tidak menafikan inspirasi eksperimental muzik banyak dipengaruhi oleh muzik artis kegemarannya, Ne-Yo, Bruno Mars dan John Mayer. Single ini diedarkan secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd.

Berbanding kecenderungan muzik semasa, Fee Haiqal meletakkan karya nyanyian solo pertamanya ini sebagai satu titik tolak pencetus kepada semangat mencari identiti muzik ciptaannya sendiri tanpa bergantung kepada muzik arus semasa. Fee Haiqal yang sangat mengagumi perjuangan Datuk M. Nasir dan Datuk Sheila Majid, sentiasa menjadikan dua nama besar ini sebagai mentor dalam kerjaya yang baru diceburinya.

fee-haikal-22309

Seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan 2017 dan hari lahirnya yang jatuh pada bulan merdeka, Fee Haiqal telah mengadakan persembahan khas selama 30 minit bagi memperkenalkan dirinya sempena majlis pelancaran dan sidang media yang diadakan pada lapan September lalu di Trust Issue Café , Kuala Lumpur

Fee Haiqal, atau nama sebenarnya Mohd Alfeeq Haiqal bin Mohammad Fauzi yang kini berusia 24 tahun pada 31 Ogos 2017 yang lalu telah memulakan kerjaya sebagai model sambilan setelah menduduki senarai lima peserta teratas dalam program pertandingan, Mr. Planet Malaysia 2013.

fee-haikal-22198

Anak muda berbakat besar ini mula berjinak-jinak dalam bidang penerbitan, penulisan dan lirik lagu ketika diberi peluang menyerlahkan bakatnya dalam bidang pengacaraan bersama teman seangkatannya Ihab Ismail dalam sebuah program pembangunan belia Akar Kita Zapin 2014/2015. Program jelajah Malaysia ini telah membawa Fee Haiqal ke 12 buah lokasi seluruh Malaysia dan berpeluang mempelajari kebudayaan Malaysia menerusi program pembangunan belia yang ketika itu dilantik sebagai ikon belia selama dua tahun berturut-turut.

Fee Haiqal turut mengikuti bengkel penciptaan lagu menerusi eksperimentasi muzik moden dan tradisional yang dianjurkan oleh ibunya. Percubaannya mencipta lagu berkonsep fusion berjaya dan lagu yang diberi judul ‘Niatku’ ini turut dirakamkan bersama Ihab Ismail untuk dimuatkan ke adalam album amal Ria Aidilfitri yang lalu.

Bermulalah minatnya dalam bidang penerbitan dan penulisan lagu. Biarpun berlainan genre muzik pilihan, Fee Haiqal berpendapat, sebagai anak Malaysia, tidak ramai berpeluang melalui pengalaman seperti yang dilaluinya. Walaupun pada peringkat awal, agak janggal melalui muzik dan proses pembelajaran yang dilalui, dia mula merasai semangat cinta terhadap bangsa, budaya dan Negara.

whatsapp-image-2017-09-18-at-8-58-33-pm

Menyentuh tentang persediaan single ‘Aku Mencari’, Fee Haiqal mengambil masa selama 2 tahun mengadakan perbincangan dan kerap mengadakan ‘jamming session’ bersama teman-teman. Fee akui sangat cerewet dan telah membuat perubahan susunan muzik lagu ini berulang kali.

Harapan Fee, semoga usaha ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda masa kini yang berminat dalam bidang penerbitan agar sentiasa cenderung mendalami kerjaya ini secara serius, sentiasa produktif dan berinisiatif. Tidak ada perkara yang mustahil untuk berjaya selain usaha dan tidak malu bertanya selain rajin mendapatkan sumber pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

Biarpun resah namun Fee Haiqal merasa bersyukur mendapat banyak komen positif dari peminat muziknya yang terdiri dari golongan remaja .

BIODATA FEE HAIQAL

Nama : Mohd Alfeeq Haiqal Bin Mohammad Fauzi
Nama Pentas : Fee Haiqal
Tarikh lahir : 31 Ogos 1993
Umur : 24 Tahun
Tempat Lahir : Selangor
Adik beradik : 2 orang lelaki (anak bongsu)
Pekerjaan : i) Pengusaha Produk Truly Aura ~ Aura by Noraniza Idris
ii) Personal Trainer / Fitness instructor
Artis : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Jawatan : Pengarah, Noraniza Idris production Ventures Sdn Bhd
Setiausaha, Persatuan Belia Kota Gagasan &
Persatuan Tatihseni Malaysia

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!