91389

Anak Mahu Rita Rudaini Berkahwin Dengan Pemain Bola - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini pelakon jelita Rita Rudaini ada memuatnaik gambarnya bersama patung lilin pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo di Instagram.

Dalam kapsyen gambar berkenaan, Rita menulis perbualan diantara dirinya dengan anak sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin.

Ryan meminta ibunya itu supaya mencari ‘daddy’ baru kerana mahu seseorang untuk mengajarnya bermain bola. Malah meminta supaya ibunya mencari seorang pemain bola sepak.

Gambar itu telah mendapat hampir 20 ribu ‘likes’ dan menerima lebih dari 500 komen dari netizen.

Kata Rita, selepas memuatnaik status itu, ramai pula pemain bola, jurulatih dan seangkatan dengannya yang menghantar mesej kepadanya.

Amboi! nak cuba ‘try’ rita pula ke abang-abang bola di luar sana? Tapi kena ingat tau, sebelum nak ambil hati Rita, kenalah ambil hati anal-anak kesayangan Rita dulu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!