72507

Anak Zulkifli M. Osman Bergerak dari Dunia Iklan ke Nyanyian - Suria FM - Segalanya Hiburan

img_2005

Puteri Nur Farra Dato Zulkeflie atau lebih dikenali sebagai Falla Zully merupakan seorang yang tidak asing lagi di dunia iklan TV. Wajah dan bakat beliau sering menjadi pilihan untuk iklan seperti Coca Cola, TNB, Fisherman’s Friends, DIGI, Mentos, dari sejak awal tahun 2010 lagi. Beliau juga telah mendapat kepercayaan untuk menjadi duta kepada ‘Mysarr Beauty’ dan ‘Tripviss Traveller’.

img_1868
Anak kedua kepada pengarah dan pelakon terkenal, Dato Zulkeflie M Osman ini, meminati bidang nyanyian sejak di bangku sekolah lagi, sehingga beliau dapat mearaih kemenangan ‘vokalis terbaik’, dalam pertandingan ‘Clash of Music’ yang telah dianjurkan oleh Bentley Music.

Kini Falla tampil dengan lagu ‘Aku Ada Kamu’ yang dihasilkan bersama muzik susunan Reyza Hamizan manakala lagu serta lirik di tulis oleh Aiyad Sakti.

img_1847
“Aku Ada Kamu” adalah single pertama Falla Zully. Ia mengisahkan percintaan yang bukan sahaja kecintaan pada manusia bahkan merangkumi kecintaan kepada tuhan. Menurut Falla dia berharap lagu ini di terima baik oleh pendengar muzik tanah air serta khas buat peminat Falla Zully, lagu ‘Aku Ada Kamu’ edaran AJ Music ini boleh dimuat turun di semua digital platform iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox yang akan di lancarkan pada 1 ogos 2017.
Lirik Video “Aku Ada kamu” https://www.youtube.com/watch?v=O5J-_aOCCQY

Untuk lebih banyak berita sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!