71771

Anatomi Faizal Tahir…Yay or Nay? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Faizal Tahir bakal muncul dengan album terbarunya berjudul Anatomi selepas 3 tahun menyepi tanpa sebarang album. Penyanyi yang sangat aktif menebitkan single yang pastinya meletup itu memuatkan 10 buah lagu di dalam album tersebut termasuk Setia, Sejati, Assalamualaikum dan Dirgahayu. Album ini juga melibatkan kolaborasi Faizal Tahir bersama dengan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air termasuk Dato’ Siti Nurhaliza, Joe Flizzow, Sonaone, Altimet dan Elizabeth Tan.

Ramai Netizen memperkatakan tentang kulit album Anatomi yang dikatakan keterlaluan dan lebih berunsurkan negatif. Namun ramai juga yang memuji keberanian Faizal Tahir dalam melahirkan sesuatu yang luar biasa ketika berkarya. Apa mesej yang ingin disampaikan oleh Faizal Tahir menerusi kulit album yang sebegitu rupa hanya Faizal yang tahu.

FT

Dengan hanya berseluar jeans, kulit album ini jelas mendapat inspirasi dari lukisan Leonardo Da Vinci – Vitruvian Man.

Anatomi juga bakal melakukan rangka promosi di Sungai Petani, Johor Bahru dan Putrajaya bermula 4 November 2016. Peminat-peminat Faizal Tahir juga berpeluang mendapatkan secara eksklusif album Anatomi ini di pasaran semua platform digital bermula 4 November ini.

Faizal-Tahir

Walau apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada Faizal Tahir. Semoga anda terus sukses dan terus mempejuangkan hak asasi manusia and keep on rockin’!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!