Drama Andainya Takdir lakonan mantap Shukri Yahaya dan Nina Iskandar telah berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia sehingga mencatat rating 10 juta tontonan.

screen-shot-2017-08-02-at-12-02-13-pm

Kisah Airil (Shukri Yahaya) yang psiko dan cemburu buta sering bertindak ganas dengan memukul isterinya Fatihah (Nina Iskandar) mengundang rasa geram dan marah setiap penonton yang melihat.

andainyatakdirep11

Disebabkan sambutan luar biasa yang diterima, penerbit drama berkenaan Datuk A.Aida telah membuat keputusan untuk mengadakan sambungan drama Andainya Takdir 2.

Menurut Datuk Aida, beliau lebih suka menerbitkan drama yang lebih dekat dengan masyarakat. Malah drama Aindainya Takdir juga diinspirasikan dari kisah benar.

screen-shot-2017-08-02-at-12-06-24-pm

“Untuk musim kedua ini saya akan buat cerita yang lebih dekat dengan masyarakat. Kalau orang tengok mereka akan semakin geram”, katanya.

Tambah Datuk Aida lagi, pelakon asal akan dikekalkan untuk musim kedua. Namun tarikh tayangan drama itu nanti belum ditetapkan lagi.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!