90450

Andi Bernadee Mohon ‘Satu Peluang’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Walaupun tersingkir daripada program Big Stage yang lalu, penyanyi remaja Andi Bernadee tidak pernah patah semangat dalam mengukir namanya di arena seni. Bagai memohon peluang diberikan ruang, bintang Big Stage ini tampil dengan single ketiganya “Satu Peluang”.

Sebelum ini Andi Bernadee atau mesra disapa Andi memulakan kerjaya seninya pada tahun 2017 dengan single yang bergenre balada ‘Tiada Lagi Maaf’. Walaupun single pertamanya itu tidak berjaya memberikan impak yang besar kepada kerjaya seninya, namun Andi berjaya mencuri perhatian peminat seni apabila menjadi tular sekitar penghujung tahun lalu menerusi nyanyian parodi lagu ‘Tak Tun Tuang’. Andi juga pernah mendapat kepercayaan penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo untuk merakam semula lagu hits rapper tersebut, ‘Semalam Sahur Dimana’ pada bulan Ramadhan yang lalu.

“Satu Peluang” membawakan konsep pop dengan elemen reggaeton ini, merupakan hasil nukilan rapper dan penerbit tersohor, Alif. Ini bukanlah pertama kali Andi mengenengahkan irama muzik rancak, sebelum ini Andi pernah mencuba membawakan irama hip hop menerusi single keduanya ‘Semalam Sahur Di Mana’.

Mengulas tentang irama rancak yang diketengahkan dalam single terbaru Andi ini, Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Bahagian Dosmestik Warner Music Malaysia berkata, “Menerusi ‘Semalam Sahur Di Mana’, kami mendapati Andi lebih cenderung dan selesa membawakan irama rancak seperti ini. Peminat pun memberikan reaksi yang positif.”

“Saya berharap pertaruhan kali ini dapat menambat hati semua pendengar. Simboliknya, seperti tajuk lagu ini saya juga berharap diberikan peluang untuk mendapat tempat dalam arena muzik tempatan. Lagu ini bukan sahaja single terbaharu saya malah ianya juga lagu yang menjadi titik tolak kepada hala tuju muzik saya seterusnya,” ulas Andi tentang harapannya untuk “Satu Peluang” ini.

Single “Satu Peluang” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 5 OKTOBER 2018.

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT ANDI BERNADEE DI MEDIA SOSIAL

FACEBOOK : https://www.facebook.com/andibernadee2015

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/andibernadee

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!