88657

Angelina Jolie Mahu Ambil Anak Angkat Lagi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sudah memiliki enam orang anak, dimana tiga daripada anaknya adalah merupakan anak angkat, aktres terkenal Hollywood, Angelina Jolie dikatakan mahu mengambil anak angkat lagi.

Angelina dilaporkan mungkin mengambil anak angkat yang baru selepas beliau tamat penggambaran filem Maleficent 2 dan selesai kes tuntutan penjagaan anak bersama bekas suami, Brad Pitt.

Sebelum ini Angelina pernah mengambil tiga anak angkat iaitu Maddox,16 yang berasal dari Cambodia, Pax,14 berasal dari Vietnam dan, Zahara, 13 berasal dari Ethiopia.

Selain dari memiliki tiga rang anak angkat, Angelia turut memiliki tiga anak kandung hasil hubungannya bersama Brad Pitt iaitu SHiloh, 12 dan pasangan kembar Viviene dan Knox, 10.

Angelina dikatakan mula berasa sunyi dan sudah tiba masanya untuk beliau mengambil seorang lagi anak angkat kerana merasakan anak-anaknya sudah meningkat dewasa dan tidak memerlukannya lagi.

Sewaktu kunjungan Angelina ke kem pelarian Syria, beliau begitu sedih dan tersentuh melihat nasib kanak-kanak pelarian Syria di sana dan sentiasa rasa terpanggil untuk menolong anak-anak yang malang itu.

Semoga niat murni Angelina untuk menolong kanak-kanak yang ditimpa nasib malang akan dipermudahkan dan hidup bahagia bersama anak-anak tersayang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!