72516

Annabelle Creation Lebih Seram Daripada Yang Pertama - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

anna2-02052

Siapa yang dapat melupakan filem seram Hollywood The Conjuring beberapa tahun lalu? Filem yang dihasilkan berdasarkan kisah benar yang terjadi kepada sebuah keluarga di Amerika Syarikat itu, barangkali salah satu filem paling seram dan berjaya menakutkan penonton pawagam sedunia.

Dari filem itu jugalah lahirnya kisah seram sisipan tentang anak patung ‘berhantu’ yang diberi nama Annabelle, sehingga ia dijadikan sebuah filem sendiri untuk menceritakan kisah di sebalik anak patung tersebut.

Kini kisah dari mana asalnya Annabelle pula difilemkan dalam sebuah prekuel yang diberi judul Annabelle Creation.

Bermula dengan kematian anak perempuan mereka yang bernama Annabelle, kehidupan pasangan Mullins mula berubah 12 tahun kemudian selepas bersetuju untuk menjadikan rumah mereka sebuah rumah khas buat anak-anak yatim perempuan yang memerlukan tempat tinggal.

Namun, salah seorang gadis kelainan upaya dari rumah anak yatim tersebut yang bernama Janice mula menghadapi perkara aneh dan menakutkan sejak berpindah ke situ. Dia mula merasai kehadiran dan gangguan suatu makhluk yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Sejak itu terungkailah pelbagai rahsia menyermakan mengenai pasangan Mullins yang kehilangan anak mereka lebih 12 tahun lalu.

Yang pasti, filem ini banyak menggunakan permainan kesan muzik dan bunyi untuk menghidupkan suasana seram bagi menakutkan penonton. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa ia juga bijak mengolah penampakan makhluk hantu untuk menambahkan lagi unsur seram sepanjang cerita.

Suria juga merasakan filem ini lebih seram berbanding filem Annabelle yang pertama sebelum ini. Jadi, jika anda peminat filem seram pastikan anda menonton Annabelle Creation di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 10 Ogos ini.

anbl2_online_intl_alt_14x48_whats-hot-banner-1920x450px

Dan pastikan anda tunggu sehingga akhir kredit filem kerana ada babak-babak tersembunyi yang merupakan pembayang kepada filem seterusnya.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!