87953

Ant-Man and The Wasp Antara Keluaran Terbaik Marvel Tahun Ini! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dunia komik Marvel terus menggegarkan pawagam seluruh dunia sepanjang tahun 2018 dengan aneka filem-filem hebat yang diadaptasi dari watak-watak wirawan yang lahir daripada komik-komik mereka.

Setelah disajikan dengan Avengers dan pelbagai filem lain, sebuah lagi karya Marvel iaitu Ant-Man and The Wasp muncul di layar perak tahun ini. Filem yang juga merupakan kesinambungan kepada filem Ant-Man yang pertama memaparkan kesudahan selepas Scott Lang (Ant-Man) membantu Captain America di Berlin, Jerman dalam Capatain America: Civil War.

Marvel Studios ANT-MAN AND THE WASP..Ant-Man/Scott Lang (Paul Rudd)..Photo: Film Frame..©Marvel Studios 2018

Kali ini Ant-Man diperlukan sekali lagi untuk membantu Dr Hank Pym dan anaknya Hope yang juga dikenali sebagai The Wasp untuk cuba menyelamatkan isteri Dr Pym, Janet Van Dyne yang terperangkap dalam alam mikro kuantum.

Marvel Studios ANT-MAN AND THE WASP..L to R: Ant-Man/Scott Lang (Paul Rudd) and The Wasp/Hope van Dyne (Evangeline Lilly)..Photo: Film Frame..©Marvel Studios 2018

Isteri Dr Pym yang satu ketika dahulu juga pernah menjadi The Wasp dikatakan terperangkap dalam bentuk sub-atomik di alam kuantum selepas berjaya menumpaskan sebuah peluru berpandu yang bakal membunuh ribuan orang.

Dalam filem kali ini mereka bertiga sama-sama cuba untuk menyelamatkan Janet namun menemui halangan dalam bentuk seorang penjahat yang juga mempunyai kuasa khas.

Marvel Studios ANT-MAN AND THE WASP..Giant-Man/Scott Lang (Paul Rudd)..Photo: Film Frame..©Marvel Studios 2018

Filem ini barangkali merupakan karya Marvel terbaik untuk tahun ini kerana setiap detik membuat penonton terpaku dengan jalan cerita dan penggunaan kesan khas yang menakjubkan. Diserikan lagi dengan skrip yang hebat selain dialog lucu untuk menceriakan filem, Ant-Man and The Wasp pasti bakal mencuri perhatian pencinta filem adiwira dan sains fiksyen.

Ant-Man and The Wasp sudahpun mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 4 Julai 2018.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!