73021

Anuar & Dayang Terbaik, Khai Bahar Paling Popular – APM2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Anugerah Planet Muzik 2017 (APM) telah pun berlangsung di Singapura dimana tahun ini sekali lagi kita dapat saksikan artis-artis serta pengkarya muzik dari 3 negara bergabung.

Tahun ini merupakan tahun ke 16 penganjuran APM di mana saban tahun mengiktiraf bakat serta karya dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.

screen-shot-2017-10-15-at-11-01-20-am

Khai Bahar, penyanyi dari Malaysia telah mencipta kejutan dan sejarahnya yang tersindiri apabila telah memenangi dua kategori utama iaitu Lagu Paling Popular APM (Bayang) dan Artis Paling Popular APM.

screen-shot-2017-10-15-at-11-02-26-am

Dayang Nurfaizah juga membolot dua anugerah pada malam itu iaitu Artis Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia (Lelaki Teragung).

screen-shot-2017-10-15-at-11-03-15-am

Anugerah Ikon Media Sosial pula telah dimenangi oleh Ayda Jebat yang turut membuat persembahan pembukaan pada malam itu dengan lagu Nakal Nakal Nakal.

screen-shot-2017-10-15-at-11-09-45-am

screen-shot-2017-10-15-at-11-09-19-am

Antara penyanyi Malaysia lain yang turut mengukir kejayaan di pentas APM 2017 ialah, Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir (Duo/Kumpulan Terbaik) dan Anuar Zain (Artis Lelaki Terbaik).

screen-shot-2017-10-15-at-11-10-59-am

screen-shot-2017-10-15-at-11-11-32-am

Ratu Rock negara, Ella telah diberikan penghargaan apabila menerima Anugerah Khas APM 2017. Ella turut membuat persembahan penutupan pada malam itu.

screen-shot-2017-10-15-at-11-13-11-amscreen-shot-2017-10-15-at-11-12-50-am

Biarpun artis Malaysia seringkali diumumkan sebagai pemenang pada malam itu, namun hanya Ayda Jebat sahaja satu-satunya pemenang yang hadir menerima trofi kemenangan.

screen-shot-2017-10-15-at-11-14-41-am

Anugerah yang berlangsung di MES Theatre Mediacorp itu telah diacarakan oleh pengacara dari tiga negara iaitu Nabila Huda (Malaysia), Desta (Indonesia) dan Dzar Ismail (Singapura).

screen-shot-2017-10-15-at-10-58-53-am

Untuk APM 2017 kali ini, kru SURIA Malaysia telah diterbangkan khas dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan menaiki penerbangan Scoot.

Tahniah SURIA ucapkan kepada semua pemenang dan semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!