71768

Anuar Zain Turun Mydin Promosi Album - Suria FM - Segalanya Hiburan

Wah! Macam ni la baru kita boleh gelarkan artis berjiwa rakyat. Sanggup turun padang dan bertemu peminat-peminatnya sendiri untuk mempromosikan karya barunya. Anuar Zain atau nama sebenarnya Shahrul Anuar b. Zain sedang dalam rangka promosi album terbaru beliau berjudul ‘Andainya Takdir’.

Anuar Zain 1

Baguslah kalau macam ni. Artis yang tidak mengira kehebatan populartinya dan mengangkat dirinya sebagai ‘diva’. Ke mana perginya artis itu adalah disebabkan oleh peminat-peminatnya. Kalau tiada peminat macam mana artis nak cari makan? Jadi hargailah peminat-peminat anda walau siapa dan dari mana latar belakangnya.

Anuar Zain 7

Baru-baru ini Anuar Zain dilihat bersama dengan peminat-peminatnya di Mydin cawangan Bukit Mertajam. Bukan main ramai lagi peminat dan pengunjung Mydin di sana. Dapat peluang bergambar dan membeli album abang Anuar kita ni terus. Tapi, kenapa sampai 5 tahun kena tunggu untuk album baru ni?

Anuar Zain 3

“Proses menyiapkan album ada cabarannya, bagaimanapun saya dan team berusaha mengharunginya bersama. Saya akui proses membuat lagu ketika nak buat ‘mixing’ dan ‘mastering’ adalah antara proses yang agak renyah sekali.”

“Adakalanya saya dan komposer agak keliru juga untuk menentukan lagu yang mana satu bakal diterbitkan. Iyalah nak dapatkan bunyi yang sesuai. Jadi selepas lima kali usaha barulah kesemua lagu berjaya dimuatkan ke dalam terbaru saya.”

“Oleh itu saya berharap agar lagu-lagu dalam album saya ini sedap didengari oleh pendengar,” ujar AnuarZain ketika sessi sidang media pelancaran albumnya tempoh hari.”

Anuar Zain 4

 

Anuar Zain juga bakal menerjah ke beberapa lagi cawangan Mydin untuk rangka promosi. Boleh layari laman Facebook Mydin Malaysia untuk info lanjut.
Anuar Zain 5

Anuar Zain 6

 

Anuar Zain 8

Anuar Zain 9
Anuar Zain 11

 

Gambar : FB Mydin Malaysia

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!