88250

Anugerah Terindah Adam Corrie Selepas 10 Tahun Menanti - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas 10 tahun menanti, akhirnya pelakon Adam Corrie Lee dan isterinya Fazema Mohd Fuad telah dikurniakan cahaya mata lelaki.

Bayi lelaki yang belum didedahkan namanya itu dilahirkan pada petang 11 Julai yang lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Corrie telah berkongsi khabar gembira itu di Instagramnya sambil meletakkan gambarnya mendukung bayi lelakinya. Namun wajah bayi itu masih disembunyikan dan akan didedahkan kemudian.

Ribuan netizen mengucapkan tahniah kepada Corrie dan isteri termasuklah rakan-rakan selebriti antaranya Erra Fazira, Syamsul Yusof, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Corrie juga turut memuatnaik videonya yang sedang berzikir sambil mendukung bayinya.

Alhamdulillah ❤️ #adamcorrie #babyLee #adamfazi❤️

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Alhamdulillah. Tahniah dari SURIA buat Adam Corrie dan isteri. Sesungguhnya rezeki dan rahmat Allah itu tidak siapa yang boleh menafikan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!