72841

Anushka Sharma Kahwin Dengan Pemain Kriket - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setelah beberapa tahun menjalin hubungan cinta, akhirnya aktres popular Bollywood, Anushka Sharma telah berkahwin dengan pemain kriket terkenal India, Virat Kohli.

screen-shot-2017-12-12-at-1-38-45-pm

Pasangan merpati dua sejoli itu telah berkahwin mengikut adat resam agama Hindu di Italy pada Isnin lalu.

screen-shot-2017-12-12-at-1-38-10-pm

Bintang filem Jab Tak Hai Jan itu kelihatan sungguh jelita memakai pakaian pengantin tradisional rekaan pereka fesyen terkenal India, Sabyasachi.

screen-shot-2017-12-12-at-1-39-22-pm

Minggu lalu gosip hangat melanda Bollywood apabila pasangan ini dikatakan bakal berkahwin di Italy selepas dilihat bersama keluarga masing-masing di lapangan terbang. Namun jurucakap mereka menafikan perkara tersebut.

screen-shot-2017-12-12-at-1-40-02-pm

Pasangan ini bakal mengadakan dua majlis resepsi yang akan dihadiri oleh superstar Bollywood, antaranya Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Katrina Kaif dan juga pemain kriket India.

screen-shot-2017-12-12-at-1-39-39-pmAnushka merupakan aktres popular di India di mana kebanyakan filem lakonannya mencapai taraf ‘box-office’ di seluruh dunia. Virat pula merupakan hero sukan kriket yang menjadi kebanggaan rakyat India.  Selamat pengantin baru dari SURIA!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!