72447

Apa Amar Asyraf Buat Di Kelab Gay? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon berbakat besar Amar Asyaf yang pernah popular dengan drama Setia Hujung Nyawa mengaku bahawa beliau telah berkunjung ke kelab malam selama tiga hari demi menghayati watak sebagai ‘budak nakal’ untuk filem terbarunya Blok 404.

Amar sewaktu ditemui di Majlis Rumah Terbuka Blok 404 berkata, sudah lama beliau mengidamkan watak sebegini kerana sebelum ini beliau lebih dikenali sebagai pelakon yang memainkan watak beremosi.

screen-shot-2017-07-19-at-4-16-24-pm

“Secara jujurnya saya buat kajian, saya pergi ke kelab-kelab malam di Changkat selama tiga hari berturut-turut” , katanya.

Malah kata Amar lagi, disebabkan tidak biasa pergi ke kelab malam, beliau telah tersalah masuk kelab yang khas untuk golongan ‘songsang’.

baqktz-ceaamtr8

Suria berkesempatan menonton sedikit sedutan filem Blok 404. Dalam sedutan itu kelihatan beberapa babak yang agak panas di antara Amar dan Nadia Brian.

Kata Amar, terdapat banyak babak berahi di antara dirinya dan Nadia yang agak panas.

screen-shot-2017-07-19-at-4-17-07-pm

Tambah Amar lagi, beliau sudah bersedia untuk menerima sebarang komen dan kecaman dari netizen apabila filem itu ditayangkan nanti.

“Saya rasa itu tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon, kalau mereka tak boleh terima, saya tak boleh cakap apa.

Kalau ramai yang bercakap-cakap mengenai perkara ini, saya rasa ia adalah salah satu promosi untuk filem ini yang akan membuatkan penonton mahu pergi menonton filem itu sendiri”, jelasnya.

 

screen-shot-2017-07-19-at-4-17-07-pm

Ditanya adakah isterinya tidak tersinggung dengan adegan-adengan panas yang dilakonkannya, kata Amar sewaktu penggambaran isterinya juga berada di situ.

“Isteri saya tahu betapa minatnya saya terhadap lakonan dan seni persembahan, jadi beliau sangat memahami dan saya pun tak pernah segan kalau dia datang tengok”.

screen-shot-2017-07-19-at-4-36-09-pm

Dalam perkembangan lain Amar bakal tampil dengan teater yang bertajuk ‘Perempuan Satu Malam’ tidak lama lagi.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!