72836

Apa Guna Bertudung Kalau Hati Hitam – Raf Yaakob - Suria FM - Segalanya Hiburan

Suami kepada Mawar Rashid telah memuatnaik status di Instagramnya meluahkan kekesalan terhadap segelintir individu yang sering mengecam isterinya.

Kata Raf lagi, jika sebelum berkahwin, ramai yang mengecam bertanya bila mahu berkahwin, Sekarang dah kahwin tak sampai sebulan dah ada yang mengecam kenapa Mawar tak pakai tudung.

Raf juga meminta supaya individu yang mengecam isterinya menilai seseorang itu menerusi dalaman dan bukan luaran. Katanya lagi apa guna bertudung kalau hati hitam asyik nak ‘condemn’ dan cari salah orang.

Disebabkan luahan hatinya itu, ramai individu yang berhijab terasa hati dengan kata-kata Raf. Namun Raf menjelaskan bahawa dia tidak menujukan kata-kata itu kepada semua wanita yang bertudung.

Raf turut meminta supaya orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja dan tidak perlu memaki hamun sana sini.

Betul juga apa yang dikatakan Raf ini. Dia tahu la macam mana nak jaga bini dia kan? Yang duk mengata tu? Dah cukup ke ilmu di dada?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!