72339

Apa Penyampai Suria Buat Di Studio AG Coco? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini kesemua penyampai Suria telah berkampung di studio Kamar Seni kepunyaan gitaris serta komposer terkenal AG Coco.

Kebiasaannya apabila berada di studio rakaman ni pastinya melibatkan rakaman lagu kan? Haaa memang tepat pun tekaan anda semua. Penyampai Suria bakal tampil dengan lagu raya terbaru.

unnamed-22

Lagu yang berjudul Segalanya Lebih Bermakna itu dicipta sepenuhnya oleh kumpulan Drama Band yang turut sama menyanyikan lagu ini.

Proses rakaman suara serta penggambaran klip video dilakukan pada hari yang sama.

unnamed-14

Memang meriah studio pada malam itu. Bayangkan mereka semua hanya selesai proses merakam suara serta klip video pada jam 3 pagi.

Walaupun terpaksa bertahan sehingga lewat pagi, namun penyampai-penyampai Suria tetap memberikan komitmen 100 peratus.

Malah Suraya Borhan yang sedang menjaga suaminya yang sakit di hospital akibat jangkitan paru-paru sanggup curi masa seketika demi menjayakan rakaman ini.

unnamed-24

Bob Ringgo pula terpaksa bergegas dari Seremban kerana ibunya terkena serangan jantung sewaktu hari rakaman berlangsung.

Bagi Brian pula, ini adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana bagi seorang yang berbangsa cina untuk menyanyi lagu raya adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi dirinya.

unnamed-25

DJ Lin pula sangat teruja kerana buat pertama kali, beliau dapat merakam lagu raya beserta klip video sekali. Pernah merakamkan lagu raya bersama penyampai sebelum ini, tetapi kali ini agak berbeza bagi DJ Lin.

Seperti DJ Lin dan Bob Ringgo, ini bukanlah kali pertama bagi Halim Othman merakamkan lagu raya bersama penyampai Suria. Tetapi Halim berkata ini adalah lagu raya terbaik yang pernah dirakamnnya.

unnamed-23

Lain pula bagi Zulin Aziz dan Tyzo. Kedua dua mereka pernah merakamkan ‘single’ sebelum ini. Jadi tekanan atau kesukaran untuk merakam lagu ini kurang dirasai oleh mereka. Kata mereka, peluang menyanyi beramai-ramai sesuatu yang menyeronokkan.

unnamed-26

Fizi Ali mengakui beliau sedikit gementar untuk melakukan proses merakam suara di studio rakaman kerana suasana di studio konti serta keadaan di studio rakaman yang amat berbeza.

Jangan lupa dengarkan lagu Segalanya Lebih Bermakna yang bakal dilancarkan pada 8 Mei ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!