72750

Aqasha Dijaga Oleh 10 Orang Pengawal Peribadi? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bukan sembarangan orang yang mampu dijaga atau dikawal oleh pengawal keselamatan atau peribadi. Tetapi Aqasha yang merupakan salah seorang peserta Gegarvaganza 4 dikawal oleh bukan satu, bukan dua tetapi 10 orang pengawal peribadi yang menjaganya.

Sewaktu sidang media konsert Kedua Gegarvangaza 4 berlangsung, Aqasha diiringi oleh 4 orang pengawal peribadi.

Aqasha sewaktu ditemui pihak media berkata, mereka bukanlah ‘bodyguard’ seperti yang dilihat tetapi merupakan ahli pengurusan syarikatnya iaitu The A Team.

screen-shot-2017-11-07-at-12-22-45-am

“Secara asasnya mereka adalah kumpulan keselamatan dan mereka pun minat dengan saya jadi mereka pun nak bergaya sedikit.

Kalau nak ikut saya, stail mesti kena ada. Pada saya penampilan adalah yang pertama”, katanya.

Tambah Aqasha lagi, mereka yang terlibat di dalam The A Team ini adalah rakan-rakannya sejak dari kecil lagi.

screen-shot-2017-11-07-at-12-27-55-am

“Bila sertai Gegarvaganza, saya harus bertemu dengan ahli kelab peminat. Bila saya seorang benda akan jadi kelam kabut. Sebelum saya sendiri keletihan saya kena ada pasukan yang boleh jaga dan uruskan hal saya.

Bila The A Team ada, Alhamdulillah saya boleh aturkan sesi mengambil gambar bersama peminat, beri T-shirt kepada peminat-peminat dan sebagainya”, katanya.

Ditanya adakah dia tidak akan risau kalau ada peminat mahupun individu yang takut melihat dirinya dijaga oleh pengawal, kata Aqasha dia telah menetapkan satu protokol dimana setiap pengawalnya perlu ada gaya tersendiri.

screen-shot-2017-11-07-at-12-33-18-am

“Saya cakap kepada mereka, korang semua bawak abang, dh masuk Gegarvaganza ni kita semua kena nampak stail. Kalau kita nak jalan kedepan kita kena ada aura bintang itu”, jelasnya.

Melihat kepada pemakaian penjaganya, mereka semua kelihatan seperti seorang pengawal keselamatan yang sebenar lengkap dengan sut, kaca mata hitam dan alat kawalan di telinga.

screen-shot-2017-11-07-at-12-31-51-am

“Sekali mereka datang dengan sut, dengan ‘ear piece’ dengan gerak tubuh lagak seperti seorang pengawal keselamatan. Ini dah lebih dari yang saya minta. Ini adalah inisiatif mereka sendiri” katanya.

 

Aqasha turut membawa trak yang menjual makanan bagi memudahkan peminat-peminat Gegarvaganza mendaptkan makanan sebelum konsert bermula hasil kerjasama dengan The A Team.

screen-shot-2017-11-07-at-12-30-21-am

Minggu ni SURIA rasa nak bawa pengawal peribadi ke konsert Gegarvaganza juga lah. Lagupun SURIA tak sabar nak tengok Aqasha bergelek menyanyikan lagu dangdut minggu ni. Pasti riuh!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!