Seorang lagi aktor kacak dari Bollywood iaitu Arjun Rampal mengikut jejak langkah rakannya iaitu Hrithik Roshan apabila telah bercerai pada bulan Mei yang lepas.

Ikatan perkahwinan yang dibina selama 20 tahun itu akhirnya terlerai jua apabila masing-masing tidak lagi mampu untuk bertahan.

Arjun yang merupakan seorang supermodel sebelum bergelar pelakon telah berkahwin dengan bekas isterinya iaitu Merh Jessia yang juga merupakan seorang model dan ratu cantik pada tahun 1998 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang berusia 16 dan 13 tahun.

 

 

Sebelum ini sudah ada ura-ura mengatakan hubungan mereka berdua bagai retak menanti belah dan masing-masing dikatakan sudah berbulan-bulan tidak tinggal sebumbung.

Ramai peminat di Bollywood terkejut dengan berita ini kerana hubungan mereka bertahan hampir 20 tahun lamanya.

Beberapa tahun lalu Arjun turut pernah terkena gosip liar apabila dia dikatakan menjalin hubungan sulit dengan bekas isteri Hrithik Roshan iaitu Susanne Khan.

Biarpun sudah berpisah, namun hubungan Arjun dan Mehr dikatakan baik demi anak-anak.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!