72363

“Arjuna pernah cakap kat saya, orang lain ada daddy kenapa dia tak ada daddy” – Rita Rudaini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kru Suria berkesempatan bertemu dengan pelakon jelita lagi sensasi, Rita Rudaini bersama dengan dua anak kesayangannya Airit Rayyan Rizkin dan Airit Qaqa Arjuna sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa baru-baru ini.

screen-shot-2017-06-16-at-11-01-34-am

Kata Rita, sepanjang bulan Ramadan beliau mengambil peluang untuk berehat dari dunia lakonan dan menumpukan perhatian kepada keluarga.

Lebih membanggakan Rita apabila anak sulungnya Rayyan sudah mampu untuk berpuasa penuh pada tahun ini.

screen-shot-2017-06-16-at-11-14-10-am

Umum mengetahui kemelut rumah tangga yang berlaku diantara Rita dan bekas suaminya yang merupakan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Menurut Rita, anak keduanya yang paling terasa dengan perpisahan yang berlaku kerana sewaktu mereka masih bersama sebagai satu keluarga, Arjuna masih terlalu kecil.

Rita saat bersama dengan bekas suaminya Aidil Zafuan
Rita saat bersama dengan bekas suaminya Aidil Zafuan

“Arjuna pernah cakap pada saya, dia lihat orang lain ada daddy, kenapa dia tak ada daddy?”, jelas Rita.

Tambah Rita lagi, kadang-kadang ada orang yang tidak sensitif yang sering bertanyakan kepada anak-anaknya perihal bapa mereka.

screen-shot-2017-06-16-at-10-58-08-am

“Kenapa orang lain sanggup tanya soalan sebegitu kepada budak-budak? Tergamak mereka bertanyakan soalan yang sensitif seperti itu”, luahnya.

Ditanya mengenai persiapan rayanya bersama anak-anak, kata Rita persiapan baju raya anak-anak telah dilakukannya sebelum puasa lagi. Malah kata Rita dia hanya membelikan baju melayu sahaja untuk anak-anaknya.

screen-shot-2017-06-16-at-11-03-04-am

“Saya sering beli baju mereka jadi untuk hari raya saya hanya beli baju melayu sahaja. Lagipun anak-anak saya tak pernah minta pakaian baru yang khusus untuk hari raya”, katanya.

Rita dan anak-anaknya akan pulang beraya di kampung halamannya di Perlis selama beberapa hari.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!