Usahawan terkenal Mohd Saifuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Ilias meluahkan rasa kesal dengan tindakan artis yang membuat ‘cover’ atau ‘mashed up’ lagu Syinta Gila.

Katanya dalam sebuah video yang dimuatnaik di Instagram, ramai artis mengambil kesempatan ketika lagunya itu sedang ‘viral’ untuk membuat ‘mashed-up’ sehingga menjejaskan jumlah tayangan muzik video Syinta Gila.

Safiey yang pernah tular satu ketika dahulu kerana ‘insaf sementara’ itu turut menjawab soalan netizen yang mempersoalkan kenapa lagu Syinta Gila tidak diberikan kepada artis wanita untuk dinyanyikan.

Katanya dia boleh memberikan lagu itu kepada mana-mana artis wanita, tetapi mereka harus membayarnya RM200,000.

Aduh kenapa sampai begitu sekali Safiey? Apakah tujuan Safiey membuat lagu dan video Syinta Gila? Adakah untuk mendapat jumlah tontonan jutaan semata-mata? Bukankah tujuan asal lagu itu dicipta adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada kaum wanita?

Disaat ramai orang sedang ‘menerima’ lagu Syinta Gila kerana mesej positif yang dibawa, takut-takut ramai pula yang membenci lagu itu gara-gara kenyataan Safiey ini.

Adakah Safiey akan memberi respon yang sama andai kata penyanyi popular seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau Ziana Zain yang menyanyikan lagunya?

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!