101281

Artis Taiwan Alien Huang Mati Selepas Terjatuh Di Bilik Air - Suria FM - Segalanya Hiburan

PENGACARA dan penyanyi Taiwan, Alien Huang dilaporkan meninggal dunia pada usia 36 tahun.

Huang dipercayai mengalami kemalangan selepas terjatuh di tandas rumahnya di Taipei, pada Rabu.

Mayat Huang ditemui bapanya ketika waktu makan tengah hari kira-kira pukul 11 pagi.

Huang berada dalam keadaan terbaring di ruang laluan berdekatan bilik mandi.

Dia juga mengalami kecederaan di kepala dan kesan darah di lantai.

Huang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas.

Tiada sebarang objek atau kesan mencurigakan di lokasi kejadian.

Huang dikenali sebagai hos program 100% Entertainment bersama Show Lo and Linda Chien.

Dia memulakan karier seninya sejak 2006.

Huang menjadi selebriti ketiga yang meninggal dunia pada usia 36 dalam tempoh tiga hari ini selepas aktres Korea Selatan, Oh In-hye dan pelakon Jepun Ashina Sei.

Kredit gambar dan artikel mStardan TheStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...